» » 'Tidak wajar minta syarikat serap GST untuk pengguna Malaysia'


Pengguna di Malaysia tidak seharusnya mengharapkan syarikat menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia bertentangan dengan prinsip cukai itu sendiri, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata, prinsip GST itu sendiri berdasarkan kepenggunaan dan ia bukan satu isyarat baik terutama bagi pelabur luar sekiranya syarikat terpaksa menanggung GST untuk pengguna.

"Saya tidak bertujuan membela syarikat telekomunikasi, namun kita kena kembali kepada prinsip GST, adakah ia mesti ditanggung syarikat?

"Kerana, GST cukai kepenggunaan. Misalnya, syarikat Mydin baru-baru ini isytihar menyerap GST, tapi kita tidak boleh cakap, kalau dulu kamu boleh serap, kenapa sekarang tidak.

"Saya rasa ia bukan isyarat yang kita mahu berikan kepada industri dalam negara," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.

Ahli Parlimen Barisan Nasional itu mempersoalkan keputusan Putrajaya yang masih mahu mengenakan cukai GST bagi kad tambah nilai prabayar telefon bimbit.

"Saya rasa menteri kurang faham. Apa yang mereka (pengguna) persoalkan ialah, sebelum GST ini dilaksanakan, nilai kad prabayar RM10 diserap oleh operatornya.

"Namun bila GST dilaksanakan, kenapa tidak boleh serap? Kenapa dulu boleh kata RM800 juta serap, kenapa sekarang tidak boleh?," soalnya.

Johari berkata, syarikat telekomunikasi boleh mengambil pendekatan dengan menurunkan kadar tarif perkhidmatan supaya ia seimbang dengan pelaksanaan GST.

"Kalau kamu (syarikat telekomunikasi) tidak buat untung, maka kamu turunkan tarif yang ada sekarang ini, supaya seimbang.

"Kita tidak mahu memberi isyarat salah kepada pelabur, sekiranya melabur di Malaysia pada masa akan datang, GST mesti ditanggung syarikat berkenaan," katanya.

Sejak pelaksanaan GST pada 1 April lalu, pelbagai pihak membantah cukai itu dikenakan ke atas kad tambah nilai prabayar.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pada awalnya berkata akan mengenakan tindakan terhadap syarikat telekomunikasi yang mengenakan GST ke atas pengguna.

Bagaimanapun, Jabatan Kastam kemudiannya memutuskan caj GST pada kad tambah nilai itu tetap akan dikenakan.

Susulan kekeliruan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan hanya Shabery sahaja yang boleh membuat sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Shabery berkata, Kabinet menetapkan GST pada kad prabayar hanya akan dikenakan berdasarkan penggunaan, dan proses itu mengambil 6 bulan untuk dilaksanakan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .