Sabtu lalu pelakon Bollywood, Kareena Kapoor Khan datang ke Malaysia. Dia hadir merasmikan pembukaan kedai emas, Malabar Gold & Jewelry di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Kehadirannya membuatkan peminat mengambil peluang melihat dirinya dari dekat. Pelancaran diadakan di tempat terbuka di hadapan kedai tersebut.
Kareena juga dilihat ramah melayan peminat semasa berjalan di permaidani merah menuju ke pentas itu. Pastinya peminat tak lepaskan peluang merakam wajahnya.
sumber
No comments: