» » 'Tegur salah dan kalau tak tegur pun salah juga'


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau menghadapi dilema ketika terus mengasak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Dr Mahathir, beliau terpaksa mengkritik kepimpinan Najib sebagai langkah menyelamatkan BN sebelum pilihan raya umum ke-14 berlangsung.

"Saya sedar jika saya tidak sokong Najib, parti lawan akan ambil kesempatan. Sebaliknya jika Najib pimpin BN dalam PRU ke-14, BN akan kalah. Luah mati mak, telan mati bapak," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau.

Menyedari keadaan itu, kata bekas perdana menteri itu, kepimpinan Umno dan BN perlu ditukar segera bagi memberi "masa pemulihan" secukupnya kepada parti berkenaan, iaitu sebelum PRU ke-14.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, dia tidak dapat menerima jika negara ini diperintah oleh Pakatan Rakyat.

"Dasar parti dalam Pakatan bertentangan antara satu dengan lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan sebenarnya untuk Islam.

"Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir juga menganggap kerajaan melakukan salah guna kuasa apabila agensinya untuk mengugut pihak yang tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan diambil.

Keadaan itu kata bekas perdana menteri berkenaan dilakukan ketika rakyat semakin tidak suka kepada kerajaan.

Dalam catatan beliau, Dr Mahathir berkata, ada pemberita yang melaporkan mengenai "Majlis Raja-Raja yang tidak bersetuju dengan hudud PAS" ditangkap polis kerana dianggap melakukan kesalahan hasutan.

Kemudian, kata Dr Mahathir, mahkamah melepaskan mereka kerana menurut pandangan hakim tindakan itu bukan hasutan.

"Tindakan ke atas pemberita disyaki untuk menakutkan orang ramai daripada membuat apa-apa kenyataan antikerajaan," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .