» » Tasha Shilla makin kurus lepas putus cinta


Bukan sahaja wajahnya nampak agak cengkung, malah susuk tubuhnya juga kelihatan kurus.

Apakah berat badan Tasha Shilla yang tampak merosot ini gara-gara putus cinta?

Baru-baru ini, menerusi sebuah program TV, Tasha membuat pengakuan bahawa hubungan cintanya selama tiga tahun dengan Han atau nama penuhnya, Han Chen Wong, sudah berakhir.

Pertemuan Mangga Online dengan Tasha pada petang semalam (Khamis), menampakkan perubahan pada sosok dirinya yang kelihatan kurus berbanding dengan pertemuan dengannya sekitar penghujung tahun lalu.

“Memang berat badan Tasha menurun sedikit. Sekarang, 48 kilogram.

“Sebenarnya cuma kurang dua kilogram sahaja berbanding dahulu,” katanya ketika ditemui di majlis perasmian cawangan baru butik Dressing Paula di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.

Mungkinkah ia dipengaruhi oleh perasaan kecewa apabila cintanya bersama jejaka yang merupakan seorang ahli sukan Muay Thai itu tidak berakhir dengan perkahwinan seperti yang pernah dirancang sebelum ini?

“Memang di awal-awal kami putus dulu, Tasha memang sedih.

“Tetapi selepas itu, Tasha banyak bermuhasabah serta cuba memperbaiki diri. Di waktu yang sama, Tasha fokus kepada keluarga dan kerja.

“Daripada situ, barulah Tasha mulai rasa happy kembali,” ujarnya.

Bagaimanapun aktres berusia 28 tahun ini menafikan dakwaan bahawa putus cinta menyebabkan dia kehilangan berat badan.

“Biasalah… Putus cinta akan membuatkan seseorang itu berubah.

“Begitu juga Tasha. Setelah banyak memotivasikan diri sendiri, maka Tasha mahu membuat perubahan termasuk dari segi penampilan dan personaliti.

“Di waktu yang sama, bersama seorang kawan, Tasha sedang mengusahakan produk kesihatan iaitu pelangsingan badan yang akan memasuki pasaran pada tahun ini juga.

“Selain itu, Tasha juga menyertai kempen selama setahun bersama sebuah jenama produk kecantikan antarabangsa yang bertujuan membentuk semula wajah. Mungkin itu yang nampak muka Tasha runcing sedikit,” jelasnya kepada Mangga Online.

Sepakat Berpisah

Apabila ditanya apakah kehadiran orang ketiga seperti yang dihebohkan tidak lama dulu, menjadi punca kepada keretakkan hubungannya dengan Han, Tasha memberikan jawapannya.

“Pasal orang ketiga… No comment,” kata aktres yang nama sebenarnya, Natasha Sheila Abd. Razak ini.

Bagaimanapun Tasha memberitahu yang hubungan mereka sudah tiga bulan bermasalah sebelum percintaan mereka dinoktahkan.

“Hubungan kami berdua memang sudah ada masalah. Banyak perkara, antaranya perbezaan latar belakang.

“Memang kami hendak berkahwin tetapi sebenarnya kami belum bersedia.

“Masing-masing juga ada silapnya. Mungkin kami terlalu cepat menjalinkan hubungan yang serius.

“Han seorang yang berfikiran terbuka. Apabila kami berborak balik dan bermuhasabah diri, kami sama-sama bermuafakat bahawa jalan terbaik untuk hubungan kami adalah dengan perpisahan.

“Maklumlah, kita hanya merancang tetapi Tuhan yang menentukan,” cerita Tasha.

Tidak Berdendam

Meskipun sudah membawa haluan masing-masing, namun Tasha mengakui yang dia masih berkawan dengan bekas kekasihnya itu.

“Kenapa nak bermusuh? Tak perlu berdendam. Sebaliknya, pengalaman lepas, Tasha jadikan pengajaran.


“Itu sebabnya kami masih berkawan. Ada ketikanya kami berjumpa, tengok wayang.

“Tetapi ini bukan bermakna Tasha masih mengharap pada Han.

“Bagi Tasha, persahabatan lebih baik berbanding percintaan. Dulu, timbul masalah seperti cemburu tetapi sekarang, tidak lagi. Kami lebih memahami di antara satu sama lain,” ujarnya.

Menurut Tasha lagi, pengalaman tersebut tidak menjadikan dia fobia untuk bercinta lagi di masa akan datang.

“Tak perlu fobia untuk bercinta kerana cinta itu sangat indah.

“Oleh itu, Tasha bersikap terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Tetapi buat masa sekarang, Tasha tidak fikir untuk menjalinkan hubungan serius dengan sesiapa pun kerana mahu beri tumpuan kepada keluarga dan karier dahulu.

“Tasha juga tidak mahu lagi terlampau plan, macam sebelum ini.

“Sekiranya sudah jodoh Tasha dengan orang lain, Tasha terima sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, dari segi kerjaya seninya, Tasha baru selesai menjalani penggambaran untuk drama berepisod yang berjudul, Maid (untuk siaran di Astro), sebuah cerekarama berjudul, Khilaf Seorang Isteri untuk siaran TV3 dan drama berjudul, Sujudku untuk siaran TV AlHijrah.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .