» » Juliana Evans teliti pilih lelaki


Pelakon Juliana Evans mengaku hatinya kini kosong tanpa kehadiran mana-mana lelaki. Adakah dia kini jadi seorang pemilih?

Kata Jue, dia mahu fokus kepada kerjaya dahulu. Selepas itu barulah boleh fikir pasal cinta. Ada juga dikaitkan dia dengan SonaOne, namun mereka hanya bersahabat biasa.

“Saya belum ada teman lelaki. Nanti dululah semua itu. Bukanlah saya ni sukar didekati.


“Saya ada keluar dengan beberapa lelaki tapi orangnya tak sesuai. Kali ini, kalau saya mahu ada teman lelaki, saya perlu betul-betul kenal hati budi masing-masing dahulu,” kata Juliana kepada Hits, Utusan Malaysia.

Dia akan muncul dalam filem terbaru Bella & Jamie yang kini dalam proses pembikinan.


“Saya pegang watak Jamie, kawan baik Bella lakonan Liyana Jasmay. Ia kisah persahabatan dan kekeluargaan,” kata Juliana.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .