» » Sila sahut cabaran Dr M untuk berdebat berkaitan 1MDB jika Najib Razak betul pahlawan Bugis yang dicanangkan


Perdana nenteri, Datuk Seri Najib Razak sudah dua kali berikrar tidak akan menyerah kalah dan akan terus melawan terhadap kritikan dan serangan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain bercakap mengenainya di Kuala Lumpur lebih seminggu yang lalu, ketika di Tawau baru-baru ini dengan disaksikan kira-kira 40 ribu hadirin yang kebanyakannya orang Bugis, Najib sekali lagi mengulangi pendirian itu.

Dengan lagak seperti pahlawan Bugis, Najib lalu memetik madah suku kaum itu yang berbunyi:-

Kendali tergantung awan di langit
Sudah terlanjur ku bentang layar
Walau badai datang menggunung
Walau berdentum guruh di langit
Walau bumi berkeping dua
Takkan mungkin ku berbalik haluan


Madah ini tidak lain membayangkan Najib bukan saja tidak akan menyerah kalah, bahkan sanggup menghadapi apa saja rintangan untuk mempertahankan jawatannya, sesuai dengan keberanian orang Bugis yang memang diketahui umum sejak sekian lama dahulu.

Tentu saja berdiri bulu roma orang Bugis mendengar kata-kata berani daripada Najib itu. Di sebalik berwajah lembut dan mempunyai bibir kemerah-merahan, barangkali orang Bugis di Tawau amat bangga dengan keberanian Najib itu kerana rupa-rupanya darah Bugis dalam tubuhnya masih belum tercemar jika berdasarkan pada madah yang dilafazkannya itu.

Tetapi hari ini dalam program jelajahnya di Ipoh, apabila Dr Mahathir menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Najib mengenai 1MDB, ini adalah peluang terbaik untuk Najib membuktikan beliau benar-benar seorang Bugis sejati.

Sebelum berlawan dalam episod-episod yang seterusnya dengan Dr Mahathir, kesanggupannya menyahut cabaran debat ini adalah amat penting untuk menentukan keaslian darah Bugis yang mengalir dalam urat nadinya itu.

Program di Ipoh ini adalah jelajah kedua yang dilakukan Dr Mahathir sejak memulakan serangan dan kritikan terhadap Najib. Program jelajah pertamanya diadakan di Taman Melawati kira-kira tiga minggu lalu.

Lebih 3,000 menghadiri program ini dengan kira-kira 60 peratus daripadanya ialah ahli Umno. Kaum Cina dan India juga turut hadir sama. Antara tokoh Perak yahg hadir ialah Radzi Manan, Ketua Umno Bahagian Kampar, Hamidah Osman, Ketua Wanita Umno Gopeng, Yahaya Shafie, bekas ahli Parlimen Pasir Pinji dan Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS negeri Perak.

Menjawab soalan yang ditanyakan Tamrin Tun Ghafar, bekas ahli Parlimen Batu Berendam yang mahukan kepastian sama ada beliau bersedia berdebat secara terbuka dengan Najib supaya rakyat dapat lebih memahami persoalan mengenai 1MDB yang sedang hangat diperkatakan ramai, Dr Mahathir berkata, "Ada sedikit kebolehan, kalau nak debat pun, oklah," katanya.

Dengan kesediaan yang ditunjukkan Mahathir ini, ia adalah langkah permulaan yahg terbaik untuk Najib membuktikan darah Bugisnya masih asli, belum tercemar dan beliau benar-benar tidak takut dengan segala cabaran sebagaimana madah yang dilafazkannya itu.

Ini kerana, jika berdebat atau berforum dengan Dr Mahathir pun tidak berani, bagaimanakah mahu Najib menghadi cabaran, serangan dan kritikan seterusnya daripada bekas PM itu?

Sekurang-kurangnya dengan berani menyahut cabaran debat Dr Mahathir ini, orang boleh saja memaafkan keengganannya berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini atas alasan debat bukannya budaya kita.

Mungkin ketika menolak cabaran Anwar itu, Najib belum cukup keberanian kerana tidak terjumpa lagi madah Bugis yang boleh membakar semangatnya itu.

Ayuh Najib, kali ini janganlah bagi malu orang Bugis lagi!

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .