Tindakan segelintir peniaga mengeksploitasi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan rakyat terbeban apabila sistem percukaian itu dilaksana pada 1 April lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Masalah GST disebabkan peniaga. Peniaga ini jahat... dia nak 'titik' orang ramai, dia yang tidak bertanggungjawab bukan kerajaan, kita punya dasar lain.
"Apabila peniaga mengeksploitasi keadaan ini, rakyat salahkan kerajaan dan perdana menteri. Semua orang hempap atas kepala saya, walhal niat hati saya adalah untuk mengukuhkan kewangan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Perdana menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 20,000 orang ketika melakukan lawatan kerja di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng hari ini.
Beliau berkata, peniaga sepatutnya mengurangkan harga selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuhkan namun mereka tidak berbuat demikian, sebaliknya mengambil kesempatan menaikkan harga sebanyak 6%, menggunakan alasan GST.
sumber
No comments: