» » Pandikar Amin akui jumpa Dr M untuk bincang politik tapi bukan untuk letak jawatan sebgai speaker


Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengakui mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi katanya, ia bagi membincangkan isu politik, bukan berhubung hasratnya meletak jawatan.

Utusan Online melaporkan Pandikar berkata pertemuan itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana bekas perdana menteri itu ialah seorang mentor dan guru politik kepada pemimpin negara ini.

"Ini pertemuan antara pemimpin dan pemimpin. Perbincangan tertentu apa yang terjadi kepada negara.

"Tetapi apabila beliau kata Speaker berhasrat untuk tidak lanjutkan (letak jawatan), mungkin sebab saya sudah kecewa dengan Parlimen sekarang, apabila bersidang banyak perkara remeh dibawa.

Saya ada kekecewaan. Itu yang saya cetuskan kepada Tun (Dr Mahathir). Tetapi semalam saya sudah buat kenyataan media, saya tidak akan letak jawatan.

"Tentang bila saya berjumpa Tun, itu kena tanya Tun sendiri,” beliau dipetik berkata portal berita itu pada satu sidang media selepas pelancaran Karnival BE Skills GiatMara Negeri Sabah di Kota Belud hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu membuat pengumuman mengejutkan di Ipoh semalam, mengatakan Pandikar, yang dilantik Speaker selepas pilihan raya umum 2008, meletak jawatan dan tugasnya kini diambil alih timbalannya.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee dan menteri yang bertanggungjawab hal ehwal Parlimen Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pandikar sendiri kemudiannya membuat penafian dalam satu kenyataan ringkas malam tadi.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .