» » MOF nafi 1MDB perolehi penyata bank palsu


Kementerian Kewangan menafikan dakwaan bahawa Presiden dan pengarah eksekutif 1MDB, Arul Kanda telah memperolehi dokumen bank palsu.

"(Dakwaan) Arul Kanda mendapatkan penyata kewangan, yang bukan milik BSI (Bank Ltd Singspore) adalah tidak benar," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 20 Mei.

Ia adalah jawapan kepada soalan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (DAP-Raub).

Mohd Ariff bertanya bagaimanakah Arul Kanda boleh mendapatkan penyata bank yang bukan milik BSI - sebuah bank Switzerland yang terletak di Singapura.

MP itu berkata jika penyata BSI itu palsu dan bukan dari BSI, maka ia ternyata 'pemalsuan documents'.

"Tidakkah ini mendedahkan 1MDB kepada tindakan undang-undang oleh BSI?," soal Mohd Ariff.

Pada 22 April lalu, lamanweb pemberi maklumat, Sarawak Report telah memetik kertas siasatan yang bocor, dengan mendakwa 1MDB mengemukakan penyata bank palsu mengenai Brazen Sky Limited.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .