Muhyiddin berkata, dakwaan yang dibuat oleh bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim itu adalah pembohongan semata-mata.
"Bohong, fitnah... Jangan percaya mudah-mudah apa yang dalam media sosial,” katanya dalam satu perjumpaan dengan pemimpin Umno.
Zaid pada 10 Mei lalu mendakwa pertemuan rahsia di Milan, Itali itu turut melibatkan dua orang menteri Kabinet, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Ucapan Muhyiddin itu dirakam dalam satu video yang dimuatkan di Youtube oleh penulis blog yang juga bekas wartawan, Firdaus Abdullah.
Video amatur sepanjang kira-kira tujuh minit itu bagaimanapun hanya memuatkan sebahagian daripada ucapan Muhyiddin.
Dalam video tersebut, Muhyiddin ditunjukkan berucap kepada pemimpin tertinggi Umno, termasuk para naib presiden.
Pertemuan itu dipercayai berlangsung semasa sambutan ulangtahun Umno ke-68 pada pertengahan bulan ini.
No comments: