» » Kementerian Pendidikan Malaysia disaran tidak bebankan tugas guru dengan kerja perkeranian


Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan berkata, perkara itu perlu supaya guru dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik anak bangsa sebaik mungkin.

"Sempena hari guru, bukan ucapan yang pendidik mahukan tetapi suatu penghargaan dan pengiktirafan yang perlu diangkat tinggi.

"Mereka tidak mahu dibebankan dengan kerja perkeranian dan tidak mahu menjadi mangsa dendam politik kepartian," katanya selepas menghadiri Himpunan Pendidik Islam 3.0 Peringkat Kebangsaan di Kompleks Pas Kedah, di sini, semalam.

Kebajikan setiap guru yang patut diberi perhatian sewajarnya sebagai hadiah sambutan hari guru.

"Kerajaan perlu nilai semula beban kerja guru. Apakah kebajikan mereka terjaga seperti terpisah dengan keluarga, berada jauh mahupun dekat.

"Ada juga guru yang terpisah dengan pasangan lebih empat tahun. Mereka hanya dapat berjumpa pada hujung minggu, itu pun sekiranya tiada urusan kerja lain," katanya.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri perlu mempunyai pendirian sendiri untuk menjaga anak buah masing-masing.  


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .