» » 'Kami sokong saranan Muhyiddin Yassin untuk pecat lembaga pengarah 1MDB'


Kerajaan DAP Pulau Pinang menyatakan sokongan kepada gesaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu semua lembaga pengarah syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipecat.

Ketua menteri Lim Guan Eng berkata, lembaga pengarah 1MDB itu perlu disingkirkan kerana hutang syarikat milik Kementerian Kewangan itu sudah pun mencecah RM42 bilion.

“Namun masih belum ada tindakan malah selepas gesaan timbalan perdana menteri yang turut mahu siasatan polis.

“Gesaan ini datangnya dari orang nombor dua negara dan ia seharusnya diberi perhatian.

“Tiada tindakan menunjukkan bagaimana mereka patuh dan setia hanya kepada satu orang,” katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Lim berkata, kerajaan negeri memerhati perkembangan kontroversi 1MDB sejak tahun lalu ekoran syarikat itu juga membeli tanah di Air Itam bernilai RM1.38 bilion untuk pembangunan projek perumahan yang diumumkan menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.

Katanya, kenyataan Muhyiddin mengingatkannya tentang Kelab Kebajikan 1Malaysia yang tidak lagi berfungsi di Pulau Pinang dikaitkan dengan ahli perniagaan Low Taek Jho yang dituduh mempunyai kaitan dalam urusan 1MDB.

Kelab kebajikan itu menggunakan dana yang banyak dan aktif semasa PRU dua tahun lalu. Kelab itu ditubuhkan pada Jun 2012 dan dibatalkan pendaftaran tahun lalu.

Lim mendakwa kelab itu terlibat dalam kawasannya cuba menawarkan pengundi ratusan ribu ringgit untuk mengundi.

“Nasib baik saya menang. Ketua menteri tidak ditewaskan dengan politik wang,” katanya.

Beliau berkata kelab sama juga menyumbang RM50,000 kepada 3 pertubuhan berita setiap satu yang mencemar profesionalisme wartawan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .