Jabatan Audit Negara (JAN) hari ini memaklumkan jabatan itu kini giat melakukan pengauditan ke atas syarikat 1Malaysia Development Bhd (IMDB), dan berusaha menyiapkannya seberapa cepat yang boleh.
Sehubungan itu, Jabatan Audit bercadang mengemukakan laporan awal pengauditan ini kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selewat-lewatnya akhir Jun ini.
"Jabatan Audit Negara sememangnya memberi keutamaan terhadap tugasan ini," demikian menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, dalam kenyataannya menjawab pihak yang ingin mengetahui status terkini pengauditan jabatan itu terhadap 1MDB.
sumber
No comments: