» » Bolehkah jawapan Najib Razak di blog nya kembalikan sokongan yang telah hilang?


Walaupun bertindak balas kepada pengkritik dalam blognya pada Ahad, tiada jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memenangi semula sokongan daripada orang ramai yang sudah berbelah bahagi, kata penganalisis.

Ia juga tidak ia akan menenangkan pengkritik lantang dalam Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, yang mungkin akan terus berkempen menggulingkan Najib daripada parti Melayu itu.

Pemerhati politik berhujah sama ada ini berpunca daripada faktor Barisan Nasional (BN) dipilih semula walaupun memenangi hanya 47% undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Polarisasi awam sebegini tidak akan menyebabkan iklim perbincangan objektif mengenai isu-isu dasar, sama ada program tunai di bawah Skim Bantuan Rakyat (BR1M), atau cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sebagai contoh, justifikasi Najib terhadap BR1M mungkin daripada segi ekonomi berbanding subsidi penyandang terdahulu, tetapi penjelasan mungkin masih tidak memuaskan hati pengkritik beliau.

"Saya berfikir pengkritik beliau seperti Tun Dr Mahathir Mohamad tidak peduli jika isu-isu ini boleh dijawab," kata Ibrahim Suffian daripada Merdeka Center.

"Dr Mahathir memutuskan beliau tidak mahu Najib, maka beliau akan terus menyerang perdana menteri," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Najib pada Ahad melalui laman sesawang NajibRazak.com menyangkal beberapa dakwaan utama yang dibuat Dr Mahathir dan pengkritik lain di dalam Umno seperti bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Dalam seksyen Soal Jawab, presiden Umno itu menyenaraikan 13 isu dan tuntutan yang dilemparkan terhadap beliau dan pentadbirannya.

Ini termasuk pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, penggunaan jet kerajaan dan dakwaan BN akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Najib juga memberi maklum balas terhadap tuduhan firma pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dengan merayu pengkritiknya menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara.

Bagaimanapun, laman Facebook Najib dibanjiri pengguna media sosial tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau dan masih mahu beliau meletakkan jawatan.

"Untuk berlaku adil, beliau boleh dikatakan menjawab setiap isu yang ditujukan kepadanya," kata ahli exco Pemuda Umno Ibdillah Ishak.

"Dan bagi isu-isu seperti 1MDB, kita perlu menunggu hasil penyiasatan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) dan Jabatan Audit Negara sebelum membuat spekulasi lagi," kata Ibdillah.

Pemimpin Pemuda Umno itu bagaimanapun berkata, beliau tidak lagi mampu mengukur sama ada ahli-ahli parti dan orang ramai berpuas hati dengan penjelasan Najib.

Walaupun penjelasan Najib disasarkan kepada orang ramai, terdapat bahagian di mana beliau bercakap kepada pengkritik dari dalam partinya sendiri.

Sebagai contoh berhubung dakwaan beliau akan menyebabkan BN kalah pada PRU akan datang, Najib berkata "jika kita bersatu, dan menghentikan perbalahan dalaman, kita akan berjaya" – ditujukan secara halus terhadap perpecahan dalaman Umno yang disebabkan oleh Dr Mahathir.

Pakar politik Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff bagaimanapun berhujah, reaksi di media sosial untuk penjelasan Najib tidak boleh diambil sebagai ukuran tepat sama ada orang awam berpuas hati atau tidak.

Ini kerana Internet didominasi oleh penyokong setia parti-parti politik dan cyber-troopers – dibayar atau aktivis parti yang tidak dibayar dalam perang persepsi orang ramai, kata Agus.

Ahli politik peringkat tertinggi seperti Najib menarik banyak perhatian daripada kedua-dua kumpulan yang akan mengambil masa secara atas talian untuk menghentam atau memuji beliau, tidak kira apa yang beliau katakan.

Sama ada orang awam menerima penjelasan Najib, kata Agus, bergantung kepada bagaimana konsisten, ketelusan dan kejujuran ​​jawapannya, dan sama ada ia sepadan dengan realiti apabila semua dasar dan janji kerajaan dilaksanakan.

Sebagai contoh, bagaimana Putrajaya menguruskan isu GST bagi tambah nilai mudah alih prabayar merupakan satu contoh bagaimana tidak berurusan dengan kritikan orang ramai terhadap dasar.

Punca isu ini ialah orang ramai tidak mahu tambah nilai prabayar dikenakan cukai kerana majoriti pengguna berpendapatan rendah.

"Tetapi daripada berurusan dengan persoalan ini, mereka mengumumkan pada akhirnya, penggunaan prabayar akan tetap dikenakan cukai. Walaupun pengguna sebenarnya tidak mahu cukai sejak awal," Agus kepada The Malaysian Insider.

Ibrahim berkata, penjelasan boleh membantu Najib dalam jangka sederhana. Jangka panjang bagaimanapun, masih bergantung kepada bagaimana beliau berjaya dalam menangani isu ekonomi dan GST.

"Sebagai permulaan, kurang daripada separuh orang ramai sudah melihat perdana menteri secara negatif," kata Ibrahim merujuk kepada 47% undi BN yang diterima pada PRU13.

Ini diburukkan lagi, kata beliau dengan cukai tidak popular dan skandal kewangan seperti 1MDB – salah urus pentadbiran Najib terhadap dana awam. Untuk itu, jawapan yang disesuaikan dengan berhati-hati tidak memadai.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .