» » Sedia jadi orang tengah pertikaian antara Dr Mahathir dan Najib Razak


Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, penyelesaian segera perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada Pembangkang untuk menyerang Kerajaan Persekutuan dan Umno.

"Kami (Mubarak) hormati pandangan Tun Dr Mahathir yang menyuarakan beberapa isu berkenaan cumanya mungkin cara (secara terbuka) tidak kena, apa salahnya beliau berjumpa Perdana Menteri dan berbincang secara baik bagi mencari jawapan.

"Sepatutnya ia diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan bukan secara terbuka seperti sekarang ini.

"Pihak-pihak di sana (Pembangkang) memang menunggu peluang ini untuk mereka serang kita (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung kali ke-14 Mubarak Pulau Pinang, di Butterworth hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata semua pihak diminta memberi ruang kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, antara yang ditimbulkan Dr Mahathir.

Reezal Merican berharap Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dapat menyegerakan siasatan itu tanpa perlu menunggu keputusan Ketua Audit Negara.

Ini kerana PAC sendiri memiliki kuasa untuk memanggil mereka yang terlibat dalam isu 1MDB ini untuk menjawab segala persoalan.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .