» » 'Najib Razak harus segera jawab semua soalan Dr Mahathir'


Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan menegakkan kebenaran, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal menggesa Putrajaya dan parti Melayu itu menjawab persoalan yang dilontarkan bekas perdana menteri itu dengan terperinci.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu yakin penjelasan demikian akan turut meyakinkan rakyat di samping Dr Mahathir sendiri, sekaligus dilihat memberikan tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Shafie yang merupakan pemimpin Umno Sabah turut menolak kenyataan Najib yang mendakwa Dr Mahathir mengkritiknya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan membatalkan pembinaan jambatan bengkok dari Johor ke Singapura.

"Beliau bertanyakan banyak soalan yang memerlukan penjelasan, jadi amat penting bagi kita menjelaskan dengan terperinci, saya percaya bukan sebab jambatan bengkok," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini

"Ini penting supaya apabila penjelasan dapat dilakukan, kita dapat meyakinkan bukan hanya Tun Mahathir, tetapi juga rakyat.

"Di samping kita menunggu ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai maklumat contohnya Kementerian Kewangan untuk memberi penerangan terperinci berhubung isu yang dilontarkan," katanya dalam satu sidang media pada program Pemuda Umno di Ipoh, semalam.

Kenyataan Shafie senada dengan Muhyiddin yang berpandangan Dr Mahathir sentiasa "menyatakan perkara yang benar" apabila bercakap.

Kenyataan Muhyiddin itu yang dibuat pada satu forum jenayah perang di ibu kota semalam bagaimanapun tidak memperincikan sama ada ia merujuk sikap Dr Mahathir terhadap perang, atau merujuk kepada siri kritikannya kepada Najib.

Dr Mahathir sebelum ini turut meminta Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri bagi menyelematkan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dr Mahathir turut membangkitkan skandal menyelubungi pentadbiran Najib seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .