» » 'Jangan panggil ibu saya babi kalau nak kutuk GST'


Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyeru semua pihak yang menghentamnya dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) agar tidak melibatkan ibunya.

Ketua penerangan Umno itu berkata, walaupun teruk dihentam dan dipersendakan, moral dan semangatnya untuk terus bekerja kepada rakyat tidak pernah pudar, malah semakin yakin untuk menjelaskan mengenai GST dan membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan Rompin, Pahang.

“Saya sedia untuk terus dihentam dalam tempoh lima bulan 15 hari lagi, namun berharap semua pihak dapat berlaku adil kepada saya supaya jangan libatkan ibu saya dengan mengatakan ibu saya babi dan saya sudah mati," kata Ahmad seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, meskipun kuat dalam aspek mental dan fizikal untuk menghadapi segala kritikan yang kadang kala agak keterlaluan itu, namun beliau merasakan adalah tidak adil untuk pihak tertentu melontarkan kata-kata yang tidak baik terhadap ibunya.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, prinsip kerjanya adalah jelas iaitu untuk terus membantu memperbaiki ekonomi rakyat agar lebih baik serta memacu ekonomi negara supaya berada pada landasan yang sepatutnya sebagai sebuah negara sedang membangun.

“Menurut pihak kastam, pelaksanaan GST ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk stabil sepenuhnya, jadi saya bersedia untuk dihentam dalam tempoh ini. Tetapi saya harap operasi berkaitan GST akan stabil dalam tempoh tiga bulan ini,” katanya.

Ahmad sebelum ini diserang teruk dalam isu GST di media sosial dan kenyataan-kenyataannya seringkali dijadikan bahan lawak.

sumber


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .