Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berpandangan seruan mufti Wilayah Persekutuan untuk mengecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebagai satu cerminan kepada beban membayar cukai yang ditanggung orang ramai tanpa mengira agama dan kaum.
Pemimpin DAP itu berpesan kepada Putrajaya orang ramai kini terpaksa mengadu nasib kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad untuk mengubah keadaan.
"Ia memberi isyarat jelas kerajaan Umno dan BN sedang menerima tekanan yang amat hebat daripada golongan Melayu - Islam yang terbeban dengan cukai baharu ini sehinggakan perlunya seorang mufti tampil memohon pengecualian.
"Rasa terbeban yang dihadapi orang Melayu - Islam turut dirasai teman bukan Melayu Islam akibat pengenaan cukai tanpa mengira kadar pendapatan ini.
"Ini membuktikan pendirian DAP adalah benar, GST membebankan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada cadangan Zulkifli agar umat Islam dikecualikan GST.
Zulkifli menganjurkan cadangan itu atas alasan orang Islam sudah membayar zakat pendapatan dan akan terbeban dua kali ganda jika masih membayar GST.
sumber
No comments: