» » Ceramah khas Dr Mahathir tentang media sosial


Bekas perdana menteri Malaysia ,  Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah khas mengenai media sosial dan masa depan bersempena Minggu Media Sosial 2015 di Berjaya Times Square, di ibunegara minggu depan.

Naib Presiden Dewan Media Sosial Malaysia, Chris Daniel Wong berkata Minggu Media Sosial Keempat itu akan berlangsung dari 22 hingga 24 April.

"Tun Dr Mahathir akan bercakap mengenai media sosial dan masa depannya pada 23 April," katanya kepada Bernama.

Chris berkata minggu berkenaan dengan tema 'Engage, Educate and Entertain' (Libat, Didik dan Hibur) akan membimbing peserta untuk melihat bagaimana menggunakan media sosial dengan lebih berkesan.

Antara aspek yang akan diberi fokus ialah 'the crowdsourcing' atau kaedah menggunakan media sosial sebagai alat merangsang pertumbuhan pelbagai industri seperti pelancongan dan bisnes, daripada setakat tujuan politik dan gosip.

Kira-kira 30 penceramah antarabangsa dari negara-negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura, dan 10 penceramah tempatan terdiri daripada blogger terkenal dan pengamal industri media sosial akan memperkongsikan idea pada majlis itu.

Minggu Media Sosial 2015 mensasarkan 500 peserta, dari peringkat antarabangsa dan tempatan untuk persidangan yang dijadual pada 22 dan 23 April dan 150 untuk bengkel pada 24 April.

Mereka yang berminat menyertai persidangan atau bengkel sila layari ww.socialmediaweek.com.my untuk butir lanjut.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .