» » Azalina Othman kecam Jho Low kerana 'berani buat bising' dari jauh sahaja


Beberapa pemimpin Umno bahagian terus mencabar ahli perniagaan Low Taek Jho kembali ke tanah air untuk menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung isu yang berkaitan firma pelaburan negara 1MDB.

Ketua Umno Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata menegaskan tidak adil jika Low, yang lebih dikenali Jho Low, memberi kenyataan dalam media antarabangsa melibatkan isu berkaitan kepentingan negara.

"Kami desak Jho Low supaya segera pulang ke Malaysia, beri penjelasan kepada PAC mengenai isu 1MDB, kita mahu lihat sama ada beliau terlibat atau tidak.

"Kalau benar ingin ‘bantu’, pulang ke tanah air dan beri penerangan," kata pemimpin Umno itu seperti dilapor Utusan Online.

Dalam laporan yang sama, Ketua Umno Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said turut mendesak ahli perniagaan itu bertanggungjawab dan bersikap 'gentlemen' susulan kenyataannya yang menuduh Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.

"Selaku rakyat Malaysia, kita mahu Jho Low bersikap gentleman(jantan). Jangan di luar negara berani ‘melalak-lalak’ dengan pelbagai tuduhan liar terhadap Umno terlibat dengan permasalahan 1MDB.

"Jadi, sekarang kita mahu Jho Low bertanggungjawab sepenuh­nya, berani buat, berani tanggung,” katanya dipetik.

'Tak selesai isu 1MDB'
Dalam wawancaranya dengan majalah perniagaan Euromoney, Jho Low mendakwa sesetengah pihak dalam Umno memainkan unsur perkauman untuk memberi gambaran “budak Cina curi wang dan joli arak”.

Dalam temubual itu juga, beliau menyebut bahawa “orang-orang Umno pakar putar belit” yang mengundang kritikan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang mendesak pihak berkuasa menyiasat ahli perniagaan itu.

Sementara itu, Utusan Online juga melaporkan Ketua Umno Rasah Datuk Hasim Rusdi berkata Jho Low berada dalam keadaan terdesak hingga sanggup menuduh ahli parti itu sebagai "kaki putar belit".

Menurutnya, kenyataan mengelirukan itu dibuat demi meredakan isu yang sedang melanda syarikat pelaburan negara itu.

"Tetapi perbuatannya itu, tidak menyelesaikan masalah sebaliknya telah menambah suasana kurang senang dalam isu 1MDB.

"Jika percaya bahawa dia di pihak yang benar, mengapa tidak beritahu pada pihak yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB seperti Ke­tua Audit Negara," katanya.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .