» » ' Betul ke SPRM berani sangat nak siasat anak Rosmah Mansor ?'


Seorang MP DAP memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana berani menyiasat isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung kes cincin berlian.

Namun, SPRM masih tidak meneliti kekayaan yang diraih oleh anak Rosmah, kata MP Kulai, Teo Nie Ching.

Katanya, kekayaan Riza Aziz itu malah menjadi tumpuan laporan media antarabangsa.

Katanya, laporan New York Times juga membangkitkan mengenai koleksi beg tangan mewah dan barang kemas Rosmah.

Sedangkan, gaji yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya US$100,000 (RM370,000) setahun.

"Sudahkan SPRM memulakan siasatan ke atas (beg tangan) Hermes (Rosmah) dan rumah emper anaknya bernilai RM110 juta di New York?

"Perbelanjaan boros keluarga Najib malah menjadi perhatian dan menimbulkan persoalan dari New York,” kata Teo.

Laporan akhbar berpengaruh itu tertumpu pada Riza, anak Rosmah dari perkahwinan pertama, yang muncul sebagai penerbit filem terkemuka Hollywood.

Ia termasuk pembelian apartmen bernilai US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York dan sebuah rumah Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5 juta (RM61.5 juta).

Sedangkan, Riza sebelum ini hanyalah seorang pegawai rendah di sebuah bank.

“Jadi, soalan saya pada (pengerusi SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed: Adakah anda telah jalankan siasatan ke atas perkara ini?

"Jika beliau siasatan tetapi SPRM tidak jumpa apa-apa perkara meragukan, saya perlu jawab, SPRM mungkin bukan harimau mainan, tapi harimau buta,” katanya.

Teo merujuk kepada laporan yang menyebut, SPRM sudah menjalankan siasatan ke atas dakwaan bahawa Rosmah membeli cincin bernilai RM24.4 juta.



About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .