Pulang dari Mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan. Dari Putrajaya menuju Kangar. Singgah beli pop-corn untuk anak kecil. MashaAllah, kena GST juga?!
Teringatkan kata-kata seseorang bahawa GST hanya untuk orang kaya dan barangan mewah.
Apakah pop-corn makanan mewah dan hamya untuk orang kaya sahaja ?!
Entah kenapa tiba-tiba teringat pula hadis Nabi s.a.w riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Rasulullah s.a.w;
ما من وال يلي رعية من المسلمين فيموت وهو غاش لهم إلا حرم الله عليه الجنة
"Tiada seorang penguasa pun yang menguruskan rakyat dari kaum muslimin, kemudian dia mati dalam keadaan dia menipu rakyat melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga".
Maaf atas lintasan fikiran saya itu. Mungkin sekadar satu lintasan fikiran semata, ataupun mewakili tangisan rakyat bawahan yang kian dihimpit rasa.
Lintasan fikiran biasanya hadir tanpa diundang. Namun, kesusahan rakyat kadangkala diundang oleh salah urus, kebocoran dan kehilangan wang negara tanpa ada jawapannya.

Moga Malaysia terus sejahtera. Pohon maaf atas lintasan fikiran dan perasaan.
- Dr MAZA -
No comments: