» »Unlabelled » Vaksin baru atasi denggi tidak lama lagi


Kementerian Kesihatan dijangka memperoleh satu lagi vaksin bagi menentang demam denggi pada pertengahan tahun ini dan kali ini yang dihasilkan Perancis.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata vaksin itu juga akan digunakan negara anggota Asean lain.

"Di Malaysia, vaksin ini diberi secara percuma kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan satu produk kecantikan di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata sejak setahun lepas hingga semalam, 16,444 kes denggi, dengan 44 kematian, direkodkan di negara ini, berbanding 1,329 kes dengan 16 kematian dalam tempoh sama sebelumnya.

Selangor mencatat jumlah kes tertinggi, diikuti Perak.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .