» » Ananda Krishnan bayarkan hutang 1MDB


Hartawan Malaysia, T Ananda Krishnan bersedia menyelesaikan hutang US$550 juta (kira-kira RM2 bilion) pinjaman 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata empat sumber yang dekat kepada isu itu.

Dana itu yang portfolio terbesarnya dimiliki syarikat janakuasa gagal membayar pinjaman pada Disember dan firma memberikan pinjaman mahu hutang itu dibayar sebelum kira-kira suku pertama ditutup.

Media tempatan melaporkan tarikh akhir pembayaran hutang itu pada 18 Februari

Ananda yang menjual pegangan janakuasanya kepada 1MDB, kini dalam perbincangan bersama syarikat itu menjadi pelabur asas walaupun kelewatan penyenaraian US$3 bilion aset kuasanya.

Pinjaman RM2 bilion diberikan bank terbesar negara, Malayan Banking Bhd dan syarikat pinjaman yang lebih kecil RHB Capital Bhd serta dijamin syarikat Ananda, Usaha Tegas, kata mereka yang mengetahui perbincangan itu.

"Bank berkenaan tahu Ananda membayar segalanya yang kini dalam proses," kata salah satu sumber itu.

Sumber enggan mendedahkan identiti kerana perbincangan itu adalah sulit.

Bank berkenaan tidak menjawab ketika diminta mengulas isu itu.

1MDB juga enggan mengulas dan Usaha Tegas tidak dapat dihubungi.

1MDB yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merupakan pengerusi lembaga penasihatnya mempunyai keseluruhan hutang US$11.6 bilion.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .