» » Peniaga tiada alasan untuk tidak turunkan harga barangan


Tiada lagi alasan untuk peniaga tidak mengurangkan harga barang berikutan penurunan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Mac ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"...harga minyak turun sebanyak tiga kali dan terkini tarif elektrik pula, jadi tidak ada alasan untuk peniaga tidak turunkan harga barang.

"Pengguna mesti desak peniaga turunkan harga. Bila saya kata guna kuasa pengguna, bukanlah boikot semata-mata tapi buat pilihan alternatif," katanya selepas melawat Projek Perintis Cili Fertigasi kelolaan Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM) di Taman Maluri di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir pengasas Yayasan NAAM yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan.

Semalam, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj) dan 1.20 sen per kWj bagi Labuan dan Sabah mulai 1 Mac hingga 30 Jun tahun ini.

Ia bakal memberi manfaat kepada 32% pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300 kWj sebulan, komersial serta industri.

Mengenai lawatan itu, Ismail berkata penanaman cili perlu diperluas untuk mengurangkan import tanaman itu dari luar negara.

Beliau berkata projek perintis tanaman cili fertigasi oleh Yayasan NAAM itu bertindak sebagai model kepada jihad untuk memerangi orang tengah memandangkan cili yang ditanam di kawasan itu akan dijual terus kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan untuk disalurkan ke pasar tani.

"Keperluan cili dalam negara adalah kira-kira 295,000 tan metrik namun pengeluaran dalam negara untuk tanaman ini hanya 40,000 tan metrik dan kitamasih bergantung kepada import tanaman ini," katanya.

Justeru, Ismail berkata Kementerian Pertanian dan Asas Tani akan mempergiat kerjasama dengan Yayasan NAAM untuk mencari lebih ramai peserta selain membantu usahawan tani muda terlibat dengan penanaman cili.

Sementara itu, Saravanan berkata projek perintis itu melibatkan 43.6 hektar tanah dan 109 peserta belia di seluruh negara.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .