» » 'Ananda bayar hutang 1MDB hanya spekulasi'


Dakwaan bahawa ahli perniagaan terkemuka Ananda Krishnan melangsaikan hutang RM2 bilion 1bagi pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya spekulasi, kata syarikat itu.

Presiden dan pengarah eksekutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda berkata RM2 jumlah besar dan jika dakwaan itu benar ia sepatutnya melibatkan CIMB dan Maybank serta pengumuman rasmi.

“Sejujurnya, Ananda sendiri pun tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara ini.

“Ini adalah satu spekulasi yang dimulakan oleh pihak ketiga,” katanya dalam wawancara disiarkan dalam Utusan Online hari ini.

Beliau juga berharap tindakan 1MDB melunaskan hutang itu Jumaat lepas akan menamatkan spekulasi berkaitan syarikat pelaburan negara itu.

Arul Kanda (kanan) berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung hutang 1MDB yang didakwa sebagai "tertunggak" dan bakal diisytihar sebagai hutang tidak berbayar atau NPL.

“Apa yang saya boleh katakan, kami akan berjumpa dengan pemberi hutang apabila ia sudah sampai tarikh akhir.

“Dan Jumaat lepas, telah kami buktikan,” katanya lagi.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .