Ahli Parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan sekiranya syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tampil memberi keterangan di depan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC).
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau menyokong sepenuhnya seruan Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengalu-alukan Presiden dan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy supaya memberi keterangan secara sukarela kepada PAC.
Pua yang juga merupakan salah seorang anggota PAS berkata, Arul sebelum ini menawarkan untuk berbincang dengannya tentang pelbagai kritikan yang ditimbulkan tentang 1MDB, yang kini berhutang sebanyak RM42 bilion.
"Sayangnya, sejak kenyataan saya pada 17 Januari yang mengalu-alukan tawaran berdialognya, ataupun lebih baik lagi dengan PAC, saya masih belum mendengar apa-apa yang lanjut daripada Arul atau 1MDB."
"Oleh itu saya ingin tanya, bilakah 1MDB akan memberi keterangan kepada PAC? Ataupun Arul akhirnya memutuskan mungkin pemantauan rakyat bukannya sesuatu yang baik untuk 1MDB?" soal Pua.
sumber
No comments: