Tidak pernah dibuktikan DNA yang ditemui dalam reklum pengadu liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata pihak pembelaan hari ini di Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan penutup perbicaraan rayuan Anwar terhadap sabitan dikenakan kepadanya.
Hakikat ini, dan kewujudan DNA pihak ketiga dalam rektum Saiful, mencadangkan kemungkinan yang bekas pembantu Anwar itu diliwat dua orang, membuatkan tuduhannya terhadap pemimpin politik itu satu pembohongan, hujah pihak pembela.
Peguam bersama Sangeet Kaur Deo menyambung keterangan balas penutup dari pagi tadi dengan berhujah mengenai rantaian bukti yang terputus mengaitkan Anwar kepada ‘Lelaki Y’ – profil DNA dalam rektum Saiful yang didakwa pihak pendakwa sebagai milik Anwar.
Sangeet mengulangi hujahnya tiada bukti Anwar menggunakan tiga barang dalam lokap polis ketika beliau ditahan untuk siasatan. Profil DNA pada tiga barang itu padan dengan profil Lelaki Y dalam rektum Saiful, dan pihak pendakwa menggunakan rantaian itu sebagai asas kepada kes mereka terhadap Anwar.
Barangan itu ialah botol air, berus gigi dan tuala, dan semuanya berada dalam lokap pada malam Julai 2008 itu di mana Anwar ditahan kerana didakwa meliwat Saiful.
Sangeet berkata, ada kamera litar tertutup (CCTV) dalam sel lokap tetapi ia tidak berfungsi pada waktu itu, dan pegawai polis yang ditugaskan mengawasi Anwar tidak dipanggil memberi keterangan sama ada mereka melihat Anwar menggunakan barangan itu atau tidak.
Seorang anggota polis mendakwa mendengar Anwar menggosok gigi, dan maka pasti beliau menggunakan berus gigi, juga tidak boleh disahkan kerana tidak ada sumber air atau sinki dalam sel, kata Sangeet.
Beliau memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan bersandar kepada keterangan ikut keadaan yang menyatakan Anwar adalah Lelaki Y.
Pihak pendakwa tidak membuktikan rantaian bukti itu dan tidak boleh meminta mahkamah bersandar kepada bukti ikut keadaan yang ‘lemah’, kata Sangeet.
Beliau juga berhujah polis memperolehi DNA Anwar menerusi cara tidak mengikut undang-undang dengan menggunakan tiga barang itu sebagai bukti kerana ketua umum PKR itu enggan memberikan sampelnya secara sukarela.
“Tidak ada alasan untuk menahannya sepanjang malam kerana beliau bersedia untuk kembali semula ke balai polis keesokan harinya. Di sini timbulnya niat tersembunyi.
“Bukti ikut keadaan itu sangat longgar, ia tidak mempunyai bukti keterangan,” katanya kepada mahkamah.
Peguam Gobind Singh Deo kemudian mengambil alih hujah penutup pihak pembelaan dengan membangkitkan mengenai beberapa bahagian dalam kes itu di mana pihak pendakwa meletakkan beban bukti ke atas tertuduh.
Mereka meminta pihak pembelaan membuktikan Anwar bukan Lelaki Y, beliau tidak menggunakan barangan dalam lokap, dan menjelaskan bagaimana spermanya (milik Lelaki Y) boleh berada di dubur Saiful.
Gobind berkata Mahkamah Tinggi dan juga Mahkamah Rayuan silap dalam membuat kesimpulan yang memandangkan Anwar satu-satunya penghuni lokap itu, DNA Lelaki Y itu pasti miliknya.
Katanya, pihak pembelaan membuktikan sampel DNA diusik dengan adanya DNA pihak ketiga - Alel 18, yang tidak bersumberkan sama ada Saiful atau Anwar.
Gobind menamakannya sebagai "satu kebetulan yang begitu tepat" kerana alel yang sama juga ditemui di dalam rektum Saiful dan pada barangan dalam Anwar lokap.
Beliau kemudian mengkritik pendakwa utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, kerana bertindak lebih kepada seperti seorang peguam bela kerana beliau lebih banyak menanyakan soalan dalam penghujahannya daripada memberikan jawapan.
Gobind berkata pihak pendakwaan tidak mengecualikan Alel 18 dari kes itu, maka persoalan tentang DNA tercemar atau diusik itu masih timbul.
Oleh kerana bukti saintifik menunjukkan terdapat DNA Lelaki Y dan Alel 18 dalam rektum Saiful, ia boleh membawa maksud beliau melakukan aktiviti seksual dengan dua orang.
Gobind berkata ini menunjukkan Saiful berbohong tentang tuduhannya terhadap Anwar.
Ketua pembangkang itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya, di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.
Pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dibatalkan Mahkamah Rayuan pada Mac tahun ini dan pelaksanaan hukuman penjara 5 tahun beliau diberi penggantungan sementara menunggu keputusan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.
sumber
No comments: