Pelakon Erin Malek menjelaskan foto-foto dia berpesta di sebuah kelab malam yang tersebar di Internet merupakan peristiwa yang sudah berlalu dan tidak perlu untuk diungkit semula.
Justeru itu, Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, 20, meminta agar semua pihak agar tidak memanjangkan perkara berkenaan kerana dia pun sudah bergelar isteri orang.
"Benda itu sudah berlalu dan saya tidak mahu komen panjang. Yang penting, suami, keluarga mertua termasuklah keluarga saya sendiri tahu mengenai perkara tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.
Erin dan Farriz Fauzy, 30, sah diijabkabulkan pada 10 Oktober lalu di rumah pengantin perempuan di Duta Suria, Ampang dekat sini manakala majlis resepsi persandingan mereka diadakan sehari kemudian di Hotel InterContinental dekat sini.
Kira-kira enam hari selepas majlis bahagia itu, tiga foto yang menunjukkan Erin berada di sebuah kelab malam popular di ibu kota tersebar di laman Internet.
Gara-gara foto tersebut, pelakon Misiku Kuza itu mendapat kecaman daripada pelbagai pihak lebih-lebih lagi foto itu menunjukkan dia berpakaian kurang sopan ketika berhibur di kelab berkenaan.
Sepanjang isu itu hangat menjadi bualan ramai, Erin gagal dihubungi ramai media yang ingin mendapatkan penjelasannya.
PS : Untuk melihat gambar dan insiden yang dinyatakan dalam berita di atas , sila klik link dibawah:
No comments: