» » Majlis Tunang Cef Riz & Shikin Maembong Sederhana


Majlis pertunangan dan risik cef Riz dengan Shikin Maembong yang diadakan pada malam Rabu dilakukan secara sederhana.

Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, 32, berkata, majlis tersebut berlangsung di kediaman keluarga perempuan iaitu di Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka dekat sini dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

"Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dalam sebuah majlis secara sederhana sahaja, rombongan saya hanya tiga orang sahaja iaitu ayah, ibu dan nenek saya. Manakala keluarga Shikin agak ramai kerana adik beradik dia semua ada.

"Kami bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah pada Disember ini tetapi masih lagi mencari tarikh yang sesuai dan kemungkinan pada awal Disember," ujarnya .


Chef Riz yang juga anak kepada Datuk Chef Wan berkata, pada majlis tersebut pihaknya hanya membawa tiga dulang hantaran iaitu cincin, buah-buahan dan kek. Sementara tiada balasan hantaran daripada pihak perempuan.Dalam pada itu, Riz berkata, sebagai lelaki dia tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan membina sebuah keluarga yang sempurna.

"Kalau boleh saya ingin berkahwin cepat kerana kami menjalankan pernigaan bersama dan kemana-mana pun perlu pergi berdua.

"Secara jujurnya sebagai lelaki saya memang teringin sangat untuk ada sebuah keluarga yang sempurna dan dapat anak cepat," ujarnya.

Pasangan ini dilaporkan bercinta sejak dua tahun lalu.

Shikin berumur 31 tahun merupakan anak kepada pelukis terkenal tanah air, Ismail Embong dan kakak kepada Emma Maembong.

Sebelum ini Chef Riz pernah berkahwin dengan pelakon Ana Dahlia pada 11 Disember 2011 namun hubungan itu tidak kekal lama apabila kedua-duanya berpisah pada November 2012.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .