» » Jawapan flip flop’ Ahmad Maslan tidak hormat Parlimen


Jawapan "flip flop" Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dalam isu surat sokongan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) secara tidak langsung tidak menghormati Parlimen kata Pakatan Rakyat (PR), hari ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan Ahmad itu yang pada mulanya tidak menafikan adanya surat sokongan dikeluarkan tetapi kemudiannya mengatakan ia wujud jelas mengelirukan Dewan Rakyat.

"Ahmad Maslan dalam Parlimen menafikan sekeras-kerasnya ada surat sokongan tersebut apabila ditanya.

"Bagaimanapun ketika ditanya media beliau mengakui adanya surat sokongan itu," katanya sambil menunjukkan laporan akhbar The Edge yang menyiarkan mengenai kenyataan Ahmad itu.

Katanya, melihat daripada tindakan Ahmad yang jelas mengelirukan Dewan, Rafizi menghantar surat kepada speaker untuk merujuk Ahmad kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Kerana penafian Ahmad Maslan di Parlimen yang sudah dirakam dalam hansard, ada rekod dan bukti menunjukkan beliau mengelirukan Dewan.

"Dan kita pagi ini sudah hantar kepada speaker mengenai hal tersebut, " katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Rafizi berkata, usul tersebut adalah mengikut Peraturan Mesyuarat (26) (1) dan kenyataan Ahmad mengenai surat sokongan merupakan satu perbohongan dan mengelirukan Dewan Rakyat.

Katanya, mengikut peraturan mesyuarat 36(12) dan 80A, perlakuan bersifat menghina Majlis dan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan tersebut.

Dalam usul Rafizi di Dewan Rakyat, Speaker Tan Sri Pandikar Amin kemudiannya menyatakan pihaknya memerlukan masa untuk melihat semula fakta kementerian mengenai 1MDB termasuk hujah dan dokumen pembangkang sebelum membuat keputusan.

"Dalam hal ini saya perlu meneliti dokumen pihak kementerian juga pihak pembangkang mengenai isu berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum membuat keputusan.

"Dan kita sudah meminta kementerian (menteri) untuk memberikan segala dokumen sebelum ada keputusan dibuat dan selewat-lewatnya pada Isnin ini kita akan umumkan," katanya.

Isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mencetuskan kontroversi apabila PR mendakwa bukan saja kerugian malah kerajaan Malaysia menjadi penjamin kepada entiti tersebut.

Bagaimanapun Ahmd pada sidang medianya hari ini berkata, 1MDB merupakan syarikat berdaya saing di mana pendapatannya meningkat sebanyak 64% bagi tahun berakhir 31 Mac 2013.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .