Isteri pengusaha ikan sangkar yang diculik di kampung Sapang Air, Kunak, Sabah sejak lima bulan lepas mendakwa tidak mendapat pertolongan kerajaan untuk membebaskan suaminya.
Chin Pek Nyuen hari ini hadir ke Parlimen untuk menghantar memorandum sebagai usaha meminta bantuan kerajaan memandangkan penculik suaminya meminta wang tebusan sebanyak RM3 juta.
"Kami ini orang susah gaji tidak sampai RM1,000 mana kami hendak cari wang sebanyak RM3 juta? Kalau kami tidak dapat cari wang itu penculik itu kata mahu kembalikan kepala suami saya.
"Dan selama tempoh lima bulan kerajaan langsung tidak peduli mengenai kes suami saya," katanya pada pemberita di Parlimen hari ini.
sumber
No comments: