» » Fiza Halim Nyaris Dibuli Pemandu Teksi


Pelakon Fiza Halim melalui satu detik ngeri apabila nyaris dibuli pemandu teksi di lebuhraya Selayang-Kepong dekat sini minggu lalu.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, berkata, semasa melalui jalan berkenaan bersama seorang anak saudaranya, tiba-tiba muncul sebuah teksi yang berhenti secara mengejut lalu menghalang kereta dipandunya.

"Seorang pemandu teksi berlaku kurang ajar ditengah jalan, sudahlah membawa teksi seperti orang gila, selepas itu dia boleh halang kereta saya dengan berhenti secara tiba-tiba.

"Kalau ada lori datang daripada belakang memang kena langar jawabnya kereta saya. Pemandu teksi itu kemudian keluar dan marah-marah, dia fikir saya seorang sahaja dalam kereta itu.

"Nasib baik ada anak buah saya yang berbadan besar keluar untuk selesaikan perkara itu, terus dia kecut perut," ujarnya .

Fiza juga berkata, disebabkan perangai seorang pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab itu, ia telah memberi persepsi buruk terhadap perkhidmatan pemandu teksi lain.

"Tolonglah jangan jadi pembuli jalan raya terutamanya kepada kaum wanita. Saya akan laporkan perkara ini ke pihak yang berkenaan.

"Disebabkan seorang pemandu teksi berperangai sebegini akan menyebabkan orang beri persepsi buruk kepada semua pemandu teksi lain," katanya yang tertanya-tanya apakah kesalahannya sehingga terjadinya insiden sedemikian.

Sementara itu, suaminya penyanyi Adam (AF) berkata, dia bersyukur isterinya tidak diapa-apakan dalam kejadian tersebut.

Adam berkata, dia tidak berada ditempat kejadian ketika itu kerana menyelesaikan perkara lain.

"Alhamdulillah dia tidak diapa-apakan, dia ada beritahu saya dan menceritakan hal tersebut. Saya hanya nasihatkan dia supaya bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini terutama jika keluar bersendirian.

"Setakat ini, kami tidak ambil apa-apa tindakan lagi, cuma saya harap tiada lagi kejadian sebegini berlaku," ujarnya .

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .