» » Pemansuhan sekolah Cina dibahaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO


Perwakilan Umno pada tahun ini disarankan supaya membahaskan keperluan untuk mengekalkan atau pemansuhan sekolah vernakular Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) kerana institusi itu kini dijadikan alat menabur sentimen anti-kerajaan, kata timbalan ketua bahagian Umno Petaling Jaya Utara.

Mohamad Azli Mohemed Saad berkata perhimpunan tahunan itu adalah platform yang sesuai untuk membahaskan perkara itu, dan keperluan sama ada pengambilan murid serta tenaga pengajar Melayu dan India ditingkatkan ke tahap 60%.

"Tindakan ini amat penting kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang mengamalkan sistem pendidikan dua aliran.

"Sistem pendidikan di peringkat rendah dan menengah mesti di bawah satu payung sahaja," katanya dipetik laporan Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau turut mencadangkan agar semua SJKC sedia ada perlu diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan sepenuhnya dan tidak bebas seperti sekarang ini.

"Kita mahu membasmi sentimen perkauman yang sering dipolitikkan golongan yang cetek pemikiran politiknya," katanya.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, kerajaan perlu menghentikan pembinaan SJKC baru kerana kewujudannya tidak menyumbang kepada perpaduan nasional.

Malah, beberapa pihak juga sebelum ini menyuarakan pendapat yang sama bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum di dalam negara ini.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .