» » Kritik ketua polis negara kerana gagal kawal judi haram


Kolumnis akhbar Mingguan Malaysia, Awang Selamat hari ini mengkritik keras Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana gagal menangani isu mesin judi haram di negara ini.

Awang dalam ruangan rencana akhbar milik Umno itu berkata Khalid sebagai ketua polis negara perlu memberikan isyarat kuat dan menyakinkan‎ semua pihak.

Katanya ia merujuk kepada penglibatan ketua polis negara itu dalam mana-mana serbuan mengejut di pusat judi haram.

Kolumnis itu mendakwa selaku ketua polis ‎negara, Khalid tidak pernah dilaporkan untutk turut turun padang dalam operasi serbuan pusat judi haram.

"Ada yang bertanya bila kali terakhir Khalid turut menyertai serbuan mengejut mana-mana pusat judi haram? Awang tidak boleh jawab dan tidak ingat pun.

"Tidak guna kalau sekadar retorik memberi amaran tetapi realitinya gejala itu berleluasa," kata Awang dipetik melalui akhbar berkenaan.

Kata kolumnis itu, cara pendekatan Khalid menangani masalah pusat judi haram amat berbeza ketika beliau menyelesaikan isu Pusat Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

"Awang boleh puji ketegasan Khalid, antaranya menangani isu PPS sehingga pertubuhan itu dilumpuhkan dalam dalam masa singkat.

"Tetapi menghairankan beliau tidak garang dan ke hadapan dalam isu mesin judi haram," katanya.

Kolumnis itu berkata demikian mengulas mengenai pendedahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kewujudan lebih 25,000 pusat judi haram di negara baru-baru ini.

Katanya tidak mustahil bagi pihak berkuasa menangani gejala tersebut kerana Khalid sememangnya mempunyai kuasa untuk menutup premis judi haram.

"‎Khalid selaku ketua polis negara hanya perlu beri arahan beberapa patah perkataan: Saya tidak mahu premis judi haram wujud lagi.

"Ketua-ketua polis daerah menantikan arahan itu dengan jelas," katanya.

Namun di sebalik kritikan tersebut, Awang berkata meminta Khalid diberi peluang terutama bagi terus menjaga imej polis untuk kelihatan bersih.A

"Memang sesiapa menyandang jawatan seperti itu mudah terdedah dengan tohmahn dan disalah erti.

"Tentu Khalid sangat sedar bahawa ketua polis negara mesti bersih dan kelihatan bersih. Berilah peluang kepada beliau membuktikan iaitu dengan tindakan berkesan," katanya.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .