» » 'Neelofa & kerabat hanya khabar angin'


Heboh juga kebelakangan ini orang bercakap pasal gosip pelakon cantik Neelofa yang dikatakan bakal kahwin dengan seorang kerabat diraja.

Walaupun dalam gosip yang ditulis tak menyebut asal dari negeri mana kerabat tersebut, ada juga cakap-cakap mulut yang menyebut siapa gerangan lelaki yang dimaksudkan itu dan dari mana asalnya dia.

Kebetulan dari satu sumber yang baik dengan saudara rapat dengan kerabat yang dimaksudkan itu.

Saudara itu kata ia satu khabar angin sahaja dan jangan percayakan apa yang diperkatakan itu. Malah dia juga terkejut bila nama kerabat dari negerinya yang dikaitkan.

Neelofa sendiri enggan mengulas pasal perkara itu dan meminta ruang untuk dirinya tanpa gangguan. Mungkin Neelofa ada sebab tersendiri mengapa dia mahu tutup mulut.

Mungkin juga nak menjaga nama orang yang diperkatakan dengan dirinya itu. Kalaupun perkara itu tak benar, tapi bila dia sendiri yang mengeluarkan apa sahaja kenyataan, pasti ia akan berpanjangan.

Kalau benar pun tak manis juga untuk Neelofa sendiri membuka cerita. Melainkan kalau hal tersebut datang secara rasmi dan disahkan oleh pihak dari negeri tempat kerabat tersebut berada.

Sampai sekarang ini Neelofa enggan memberi komentardan hanya berdiam diri daripada menambahkan kehangatan.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .