» » 'DUIT lebih berkuasa daripada Dr Mahathir dalam UMNO'


Satu hari nanti, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyingkirkan beberapa timbalan perdana menteri dan perdana menteri akan diingati kerana akhirnya dikalahkan bukan oleh individu, tetapi wang ringgit.

Dr Mahathir tersilap perhitungan apabila menarik kembali sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila percaya ahli Umno masih mempunyai idealisme. Ataupun yang mereka masih bimbang tentang kejatuhan Malaysia.

Sebenarnya mereka sudah tidak peduli. Sudah berdekad lamanya.

Mereka hanya berkiblatkan wang dan kekayaan. Sebab itu pada hari ini, segala masalah atau ketidakpuashatian boleh diselesaikan sama ada dengan kontrak, projek, konsesi atau pemberian tunai.

Atau publisiti baik dan sokongan di kalangan penulis blog boleh diperolehi dengan gaji bulanan lumayan daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya.

Untuk berlaku adil, Dr Mahathir tidak boleh mengatakan beliau tidak tahu dengan barah yang sudah merosakkan roh Umno ini.

Beliau mengakui serangan penyakit ini bermula ketika masih menjadi perdana menteri dan dasar penswastaan beliau melahirkan budaya cepat kaya.

Namun Dr Mahathir yang menarik kembali sokongan kepada Najib minggu lalu tidak memahami kuasa wang lebih kuat hari ini berbanding pada pertengahan 2006 apabila beliau memulakan serangan terhadap seorang perdana menteri.

Hari ini terdapat pemikiran dalam Umno setiap hari berlalu mendekatkan mereka kepada kehilangan kuasa. Disebabkan itu, bagi kebanyakan pemimpin parti, apa yang lebih penting adalah jaminan keselamatan ekonomi untuk diri mereka, adik beradik, anak-anak dan lain-lain.

Beberapa hari lalu, pegawai kerajaan diarahkan untuk melakukan rundingan terus dengan sebuah syarikat yang mana salah seorang pengarahnya merupakan anak kepada broker kuasa Umno.

Mengapa perlu pemimpin Umno ini menyertai kem Dr Mahathir dan mengkritik Najib? Apa kelebihan yang mereka dapat jika mengkritik status quo?

Dapat diperhatikan hari ini, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Melayu juga tidak bersama Dr Mahathir yang mendakwa polisi Najib menyebabkan ekonomi negara menjadi lebih buruk dan merosakkan perpaduan sosial.

NGO-NGO ini merupakan penerima dana sama ada daripada kerajaan atau ahli perniagaan mesra kerajaan yang tidak berlaku sebelum ini.

Mereka tidak lagi peduli dengan kebimbangan tentang hubungan antara kaum, tabung negara semakin kosong atau Putrajaya tunduk kepada negara asing.

Dr Mahathir juga tidak disokong kali ini kerana dipercayai beliau menarik kembali sokongan kepada Najib kerana permintaan beliau ditolak perdana menteri dalam tiga perkara, meneruskan pembinaan jambatan bengkok ke Singapura, pemberian geran RM1.7 bilion kepada Proton dan menghentikan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat1Malaysia (BR1M).

Kali ini Dr Mahathir juga tidak mempunyai orang-orang kuat di sekelilingnya. Dikatakan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin juga tidak begitu sihat.

Disebabkan budaya cepat kaya di kalangan ahli-ahli politik Umno, tidak mengejutkan Putrajaya tidak terganggu dengan penarikan sokongan Dr Mahathir terhadap Najib.

Kem Najib percaya, mereka lebih memahami Umno hari ini berbanding Dr Mahathir.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya sebAgai rakyat Malaysia yang lahir di Sabah..cuma inginkan keamanan dan kedamaian bukan perbelahan atau penindasan...memang dunia sekarang ialah dunia wang...mana saja pergi pasti wang yg perlu ada...jika pasal politik pula saya tak arif sangat tapi saya yakin tak semua wakil rakyat yg dipilih menang dengan kejujuran dan keikhlasan untuk menjadi pemimpin...saya yakin ada gunakan kuasa wang untuk menang..bukan saya nak tunjuk hebat atau nak buka aib mana2 parti politik dalam malaysia tapi cuma meluahkan rasa pada mana2 pihak yg berkenaan...
    pertama..bila pilihan raya parti ini sibuk mencaci parti itu..parti itu mengata wakil rakyat ini begini begini...sehinggakan hal peribadi yg begitu mengaibkan pun di ikutkan dalam berkempin..hanya untuk mendapat kerusi...tapi bagi saya lebih baik saya tak mengundi jika wakil rakyat di kawasan saya seperti itu..sebab dari awal dah di tunjukan kebodohan masing2..
    kedua...kalau pasal pancing undi ni mungkin ramai yg dah maklum..sikit saja saya sentuh...sebelum berkempin YB masuk melawat tempat yg terpencil..semasa berkempin sampai la beberapa bulan selepas pilihan raya pembinaan atau menaik taraf kawasan ini sedang di jalankan..selepas beberapa bulan salah satu kawasan dari 10 kawasan yg di senaraikan untuk di naik taraf sudah siap...kami sebagai rakyat bersyukur sebab tak salah pilih wakil rakyat...tapi rupanya hanya yg pertama tu saja yg siap sepenuhnya yg 9 lagi projek belum nampak hasil sampai sekarang..
    itu kuasa wang salam politik belum lagi melibatkan kegiatan seharian..saya nak tulis pun ragu2 sebab takut jika di tulis apa yg mata saya lihat apa yg telinga saya dengar mungkin saya akan di penjara ataupun di denda beriburibu hanya komen yg saya tulis ini...dunia wang yg salah boleh jadi betul yg betul boleh jadi salah..
    saya nak cerita sikit saja..tapi ini bukan melibatkan siapa2..ini cuma contoh agar siapa yg membaca komen ini akan sedar bahawa duit ni bukanlah segalanya..contoh ni ialah kisah benar yg terjadi pada saya sendiri..ceritanya bermula pada hari raya pertama tu..masa tu saya baru sampai di kampung alangkah terkejutnya saya apabila melihat bahagian dapur rumah peninggalan arwah bapa dan mak sya telah di robohkan..akhirnya saya dapat tahu yg bahagian dapur rumah saya tu dah masuk kawasan tanah pakcik saya hanya kerana kami adik beradik tak setuju nak bayar pakcik saya tu rm500 untuk bahagian dapur yg terlebih tu..satu lagi contoh kisah benar yg terjadi pada saya bila saya nak pinjam duit dari pakcik saya iaitu adik kedua bungsu arwah mak saya...kisah ni baru terjadi kemarin..saya dah maklumkan pakcik saya ni siapa saya siap hantar sms lagi untuk membuktikan siapa saya ni...saya cuma nak pinjam duit RM200 saja kerana nak jelaskan saman pada hari ini..gaji kan belum masuk..alangkah terkejutnya saya bila pakcik saya cakap "SAYA TIDAK KENAL NAMA INI................." hanya nak pinjam RM200 saudara sendiri tak mengaku saudara...
    jadi kalau boleh jangan la bertuhankan duit..bila2 masa saja duit yg kita simpan tu akan hilang..

    ReplyDelete

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .