» » Menteri kesal sensasi media terhadap MH370


Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau kesal berhubung tindakan media mensensasikan berita dan melaporkan secara tidak tepat ketika melaporkan krisis MH370.

Ini kerana, katanya, terdapat “nyawa menjadi taruhan” bagi mencari pesawat yang sudah hilang selama 121 hari itu.

Hishammuddin ketika kejadian bertugas sebagai pemangku menteri pengangkutan. Pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu hilang pada 8 Mac lalu, sekali gus menggerakkan usaha mencari dan menyelamat untuk beberapa bulan.

Hishammuddin juga berkata, perhatian media ketika itu amat hangat.

“Satu perkara saya dapat daripada acara itu berhubung kuasa media dan keperluan pemimpin awam secara berterusan berhubung dengannya,” katanya dalam ucapan ketika melancarkan pameran foto berkaitan MH370 di galeri kompleks Publika di Kuala Lumpur.

Pameran itu dianjurkan oleh Kelab Koresponden Asing (FCC) Malaysia. Gambar yang dipamerkan daripada koleksi gambar pelbagai agensi berita dalam dan antarabangsa.

sumber

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .