» » Simpati terhadap keluarga mangsa MH370 di China mula hilang


Tunjuk perasaan keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH370 di China mendapat sambutan hambar apabila tiada liputan meluas oleh media mahupun sokongan daripada rakyat China sendiri, lapor akhbar The Straits Times.

Membawa sepanduk sama, dengan pakaian yang sama dan berjalan sejauh 3.8kilometer menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing, waris penumpang MH370 yang masih bersedih mengadakan tunjuk perasaan buat kali kedua dalam sebulan.

Namun ianya tidak seperti 25 Mac lalu semasa demonstrasi terhadap Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ekoran kenyataan 'MAS berakhir di Lautan Hindi', kira-kira 60 ahli keluarga yang berkhemah di luar kedutaan sepanjang malam dan dikawal ketat pengawal keselamatan pada Khamis, lalu gagal menarik perhatian kakitangan Kedutaan Malaysia.

Ketika mereka memuat naik status dalam sosial media 'Weibo' bahawa kerajaan Malaysia mungkir janji untuk memberikan sesi taklimat terkini, salah seorang pengguna akaun memberikan respon : "Tidak ada apa-apa status terkini perlu dibuat, buat apa hendak berjumpa dengan awak?"

Antara komen lain yang lebih pedas timbul ketika keluarga penumpang meminta belas ehsan orang ramai supaya membawa makanan dan minuman semasa mereka sedang berkhemah di luar, ada yang mengkritik mereka sudah diberikan 31,000 yuan (RM20,321) setiap seorang oleh MAS, selain ditaja makanan dan penginapan di hotel empat bintang sejak enam minggu lalu.

Terdapat 153 warga China daripada jumlah 239 mangsa yang terlibat dalam tragedi kehilangan pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Beberapa penganalisis melihat respon rakyat China dan pihak berkuasa Malaysia terhadap keluarga mangsa mula berubah, lapor akhbar itu.

Tidak seperti semasa minggu pertama misteri kehilangan pesawat terpapar di setiap muka depan akhbar dan menjadi bualan kedai kopi, dunia sudah mula menerima hakikat dan beralih perhatian kepada tragedi lain.

Ruangan siber China yang selama ini mengkritik cara Malaysia mengendalikan misi pencarian pesawat, sudah mula hilang minat.

"Keluarga terbabit cuma mahukan perhatian, tetapi semua orang tahu yang kerajaan Malaysia sudah memberikan keutamaan, tetapi permintaan mereka semakin tak relevan.

"Anda tidak boleh mengharapkan pihak media mengetengahkan perhatian yang anda tidak tahu takkan ada sebarang perkembangan," kata pakar media daripada Universiti Renmin, Yu Guoming.

Penganalisis berpendapat semasa kerajaan Malaysia dalam situasi kalut, keadaan itu memberi kesempatan kepada keluarga mempersoalkan pihak berkuasa serta cuba mengambil peranan sebagai mangsa untuk mendapatkan simpati.

Selepas perhatian itu semakin pudar sejak beberapa minggu lalu, keluarga itu dilihat cuba memanipulasi keadaan seperti memulakan sesi sembahyang dengan menyalakan lilin sebelum sesi taklimat bermula dengan harapan dapat memberi tekanan kerajaan Malaysia apabila mendengar teriakan dan tangisan mereka.

"Pada mulanya banyak simpati dan sokongan diberikan kepada keluarga dan peserta protes.

"Tetapi sekarang tiada bukti untuk mengatakan Malaysia menyembunyikan kebenaran, dan jika mereka teruskan kelakuan sebegini, ia akan menjejaskan reputasi rakyat China secara keseluruhannya dan imej peribadi mereka secara khususnya," kata pakar sosiologi daripada Institut Teknologi Beijing, Hu Xingdou.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .