» » Najib hanya beri alasan kepada Obama


Datuk Seri Najib Razak hanya memberikan alasan sahaja apabila memberitahu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bahawa usaha reformasi yang beliau lakukan diganggu oleh kuasa dalaman dan luaran Umno, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika menolak alasan itu, yang didakwanya sama sahaja sejak dahulu,

Anwar berkata ia hanya alasan Putrajaya yang melambangkan ketidakcekapan dalam menguruskan negara, rasuah dan sistem keadilan yang rapuh.

Katanya, pandangan ini disampaikan beliau kepada Penasihat Keselamatan Amerika, Susan Rice dalam pertemuannya dengan pemimpin Pakatan semalam.

"Saya beritahu Rice bahawa perdana menteri umpama maharaja.

Dia mengawal media, kehakiman, badan penguatkuasa, parti dan Parlimen, namun masih berkata dia tidak ada kuasa.

"Mengapa jadi perdana menteri tetapi tidak dapat menentukan hak, kehormatan dan maruah rakyat kamu?" katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Sumber T-M-I

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .