Pakatan Rakyat (PR) dihalang daripada mengambil alih Putrajaya meskipun memenangi undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata pemimpin-pemimpinnya kepada Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Susan Rice.
Mesyuarat 45-minit antara PR dan AS dihadiri oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, lapor Malaysiakini.
"Parti kami memenangi undi popular. Kamilah yang sepatutnya menjadi parti memerintah," kata Lim selepas menghadiri mesyuarat tersebut pagi ini di Kuala Lumpur.
"Selagi tiada reformasi pilihan raya, kami amat bimbang dengan arah tuju demokrasi dalam negara Malaysia."
Pemimpin PR menegaskan Malaysia perlu melalui reformasi pilihan raya jika AS benar-benar maksudkan kenyataan mereka tentang hak asasi manusia, demokrasi dan kebebesan di sini.
Menurut laporan tersebut, Rice memperteguhkan lagi mesej yang disampaikan Presiden Barack Obama semasa lawatannya ke Malaysia, bahawa negara sepatutnya tidak memijak hak minoriti dan cuba memanfaatkan kepelbagaian etnik Malaysia.
No comments: