ISU perceraian yang dilalui Chris Martin dan Gwyneth Paltrow ternyata sangat perit.
Menurut laporan Dailymail, Chris mengakui dia sangat sedih dengan 'kehilangan' isterinya itu dan tidak menyalahkan sesiapa pun atas penceraian mereka.
"Dua tahun lalu, saya memang tidak tenteram kerana tidak dapat menikmati masa-masa bahagia kami dan perkara yang indah di sekeliling dibebani dengan hal ini.
Saya juga tidak menyalahkan sesiapa pun atas perubahan ini," katanya.
Chris turut berkata, tidak mahu bersedih berlarutan dan sama sekali tidak trauma atas penceraiannya dengan Gwyneth.
"Jika kamu tidak membuka diri kamu, maka kamu tidak boleh menemui keajaiban di dalamnya.

Apa yang telah mengubah diri ini adalah saya tidak ingin melalui hidup dengan rasa takut, takut pada cinta, takut pada penolakan dan kegagalan," tegasnya.
Sumber M-S
Sumber M-S
No comments: