Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap ketua setiausaha sebuah kementerian berusia 59 tahun dan dua anak lelakinya selama tujuh hari.
KSU tersebut tiba kira-kira jam 9.38 pagi bersama dua anaknya itu yang berusia 34 dan 29 tahun.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu pemberita bahawa mereka telah memohon untuk tempoh maksimum 14 hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Bagaimanapun, Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluar perintah ketiga-tiganya ditahan reman sehingga 11 Januari.
Difahamkan, KSU itu yang ditahan di rumahnya semalam, disiasat atas pelbagai dakwaan, termasuk salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Sementara anak-anaknya disiasat sebagai bersubahat.
Pegawai itu dikatakan dijadualkan bersara dalam beberapa bulan lagi.
No comments: