Keadaan banjir di Kelantan dan Terengganu semakin buruk .
Keadaan banjir di Kelantan semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan meningkat mendadak awal pagi ini kepada 9,643 orang berbanding 6,014 semalam.
Setakat jam 10 pagi ini, portal e-Banjir Kerajaan Kelantan melaporkan 3,153 keluarga dipindahkan ke 83 pusat pemindahan di sembilan jajahan yang terlibat dengan banjir.
Jajahan Pasir Mas terus mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu sebanyak 5,410 mangsa terdiri daripada 2,088 keluarga yang ditempatkan di 27 pusat pemindahan.
No comments: