Perkara ini didedahkan oleh penceramah, Mohd Ridzman Azzahri dalam Seminar Wanita Anti Jenayah yang berlangsung di Dewan Kulliyah 6 UiTM Arau, di sini semalam.
Menurutnya, menerusi aplikasi internet itu, golongan wanita boleh mendapat pendapatan dengan hasil lumayan sehingga boleh mencecah ratusan ringgit pada satu masa.
"Ibu bapa seharusnya memantau aktiviti anak-anak yang menggunakan telefon pintar supaya tidak disalahgunakan," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau juga mengingatkan wanita supaya tidak menyalahgunakan telefon pintar agar tidak mendatangkan keburukan pada diri sendiri kelak.
"Penggunaan teknologi yang bijak dan bertanggungjawab dapat menjauhi risiko menjadi mangsa atau penjenayah siber," katanya.
Seminar tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Perlis sempena Kempen 90 Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Perlis.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Negeri Perlis, Rosnizawati Mohamad, wakil Rektor UiTM, Puan Shamsiah Mamat.
Seminar sehari ini turut melibatkan golongan sasaran pelajar sekolah, kakitangan jabatan dan agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan peserta Perkumpulan Wanita 1 Malaysia (Perwani).
No comments: