Seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan membidas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang memberi amaran kepada penjawat awam daripada mengambil bahagian dalam perhimpunan BERSIH mahupun Baju Merah esok.
Datuk Gopal Sri Ram berkata kenyataan itu sebagai tidak berperlembagaan dan adalah hak perlembagaan penjawat awam untuk perhimpunan selagi ini tidak mengganggu tugas profesional mereka.
"Penyertaan dalam perhimpunan adalah hak yang dijamin di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan sebarang sekatan ke atasnya adalah tidak sah," kata Sri Ram yang dipetik portal Free Malaysia Today.
Ali semalam berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang sekiranya gambar mereka terlibat dalam perhimpunan tidak sah itu tersiar dalam mana-mana media.
Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, mereka yang didapati terlibat dalam perhimpunan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pemotongan gaji atau buang kerja.
No comments: