» » » Rakyat Malaysia terkejut besar kerana kenaikan petrol dan minyak masak serentak bermula November 2016


Sejak malam tadi, rata-rata pengguna media sosial mengemaskini status dan memberi komen pendapat masing-masing mengenai "dua berita hangat" di laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatApps dan juga forum CARI.








Berita yang mengejutkan itu adalah mengenai kenaikan harga runcit RON95, RON97 dan diesel sebanyak 15 sen seliter berkuatkuasa mulai 1 November 2016. 

Pada masa sama, harga minyak masak juga mengalami kenaikan harga akibat pemansuhan subsidi oleh kerajaan. Penstrukturan semula Skim Penstabilan 

Harga Minyak Masak itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan rasmi media pada 26 Oktober 2016.

Berikut merupakan senarai harga baru untuk minyak masak botol mengikut jenama popular dan juga berat (Kilogram).


Selain membebankan masyarakat, kenaikan harga bahan api dan minyak masak sudah pasti akan memberi "kesan besar keatas harga barangan keperluan harian" yang lain "tidak lama lagi". 

Oleh itu, dikala ekonomi yang tidak menentu ini berjimat cermatlah ketika berbelanja.

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .