» » » Lebih 31 ribu pekerja diberhentikan sejak awal tahun 2016


Sebanyak 31,476 pekerja terlibat dalam pemberhentian kerja bagi tempoh 1 Jan sehingga September 2016, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd Muttalib

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 17,051 atau 54.2 peratus pekerja terbabit dalam pemberhentian biasa, manakala baki 14,425 lagi atau 45.8 peratus terbabit dalam pemberhentian secara sukarela (VSS)

"Pekerja yang diberhentikan akan dibayar faedah penamatan oleh majikan sekurang-kurangnya mengikut Akta Kerja 1955 atau perjanjian bersama

"Pemberhentiaan secara VSS adalah tindakan sendiri menawarkan diri dan bersetuju untuk ditamatkan perkhidmatan oleh majikan dengan syarat majikan membayar faedah penamatan atau pampasan yang lebih baik daripada peruntukan undang-undang," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini

Beliau menjawab soalan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang ingin tahu jumlah pekerja diberhenti atau ditamatkan perkhidmatan susulan cabaran ekonomi dunia

About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .