» » » KPDNKK sekali lagi dakwa krisis bekalan minyak masak akan pulih dalam masa 1 minggu lagi


Krisis bekalan minyak masak termasuk paket satu kilogram (kg) di seluruh negara dijangka pulih minggu depan berikutan bahan keperluan itu sudah memasuki pasaran secara berperingkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ketika ini, pembungkus dan pemborong sudah menghantar bekalan kepada peruncit dan sudah memasuki pasaran tempatan.

Beliau turut meminta orang ramai tidak membuat pembelian panik berikutan masalah itu akan selesai beberapa hari lagi.

"Sikap panik dan menyorokkan bekalan antara punca masalah ini berlaku namun kita beri jaminan ia akan selesai minggu depan.

"Ketika ini semua pembungkus dan pemborong sudah mengeluarkan bekalan dan menghantarnya ke pasaran," katanya ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pasar Besar Meru, di sini, tadi.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya kini sedang memikirkan mekanisme terbaik bagi mengelak ketirisan terutama di peringkat kilang.

"Kita tidak berkompromi jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab terbabit dalam ketirisan minyak masak ini malah mereka boleh diambil tindakan lesen ditarik balik dan dikenakan denda maksimum RM3 juta," katanya.


About Izikit

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Komen apa saja , cuma anda bertangggungjawab sepenuhnya atas komen anda sendiri .