Sebuah pusat beli-belah di sini menyediakan sebuah kemudahan baharu yang dinamakan sebagai nurseri suami untuk golongan lelaki beristirahat ketika isteri mereka sibuk membeli-belah.
Kemudahan baharu di tingkat tiga pasar beli-belah Vanke Mall yang terletak di daerah Minhang, Shanghai , China telah mula beroperasi baru-baru ini.
Ia merangkumi sebuah bilik dengan rekaan konsep moden yang dilengkapi kerusi urut layan diri, siaran televisyen dan bahan-bahan bacaan seperti majalah serta surat khabar.
Laporan media menyatakan, pusat beli-belah itu mengambil pendekatan tersebut memandangkan ramai wanita di negara itu menghabiskan masa terlalu lama untuk aktiviti membeli-belah.
Bagaimanapun, tiada maklumat diperoleh sama ada pengguna perlu membayar untuk menggunakan kemudahan itu.
Beberapa gambar menunjukkan kemudahan itu dimuat naik di internet dan mendapat pujian daripada netizen.
“Kemudahan ini amat diperlukan terutamanya untuk golongan suami.
“ Ia mengelakkan mereka berasa penat ketika mengikuti isteri untuk membeli-belah,” kata seorang pengguna internet yang enggan dikenali.




No comments: